Break up, putus cinta – something that happens, at least once, to everyone. Something that we all can relate to. There was this ‘funny’ moment at one point in my life where I was chilling at some cafe with my friends, updating each other about….people mostly. A broke up with B, C started to date D who used to be with E, who happened to be C’s ex and so on. I laughed at them like hell but come on, not like I wasn’t involve in some sort of relationships with twisted ends like them. In fact, let’s be honest even I am an ex lover to…..how many people out there? Can’t count myself ahaha.

Talking about exes, what kind of ex lover are you? How do you bounce back? If you can describe yourself based on popular songs or singers, what would it be?

Crazy, delusional psychopath

Taylor Swift – Bad Blood

‘Now we got problems

And I don’t think we can solve them

You made a really deep cut

And baby now we got bad blood’

Are you a Swiftie at heart? Maybe because you can relate to her songs – sejenis lagu-lagu tentang ex lover yang bitter dan sedikit psycho. Asal ada salah teruk, bermandi darah lah between you and your ex partner. Tiada siapa boleh cari pasal sebab you are that kind of crazy ex.

Asyik terkenang

Katy Perry – The One That Got Away

‘In another life I would make you stay

So I don’t have to say you were the one that got away’

Jenis suka layan perasaan dan kesiankan diri sendiri. Setiap kali berpisah dia akan salahkan keadaan dan bukan sebab diri sendiri atau si dia. Setiap kali kisah cinta terhalang ada je excuse dia kejap blame peperangan lah, cuaca lah, orang lain lah, apa saja lah menunjukkan keputusan tu terpaksa dibuat bukan atas kehendak masing-masing.

Degil, susah betul nak faham bahasa

Adele – Someone Like You

‘I hate to turn up out of the blue uninvited

But I couldn’t stay I couldn’t fight it

I had hoped you’d see my face

And that you be reminded that for me it isn’t over

Never mind I’ll find someone like you….’

Ya Tuhan, ini adalah sejenis bekas kekasih yang paling degil dan memang tidak faham bahasa. Ada sedikit psycho even tidak sampai ke tahap Taylor Swift tapi cukup annoying. Orang sudah tidak nak dekat dia, tapi tetap menunggu ya dan siap pergi pulak dekat majlis nikah orang tu! Hey woman, kau tidak dijemput lah gila. Sudah lah susah nak move on tapi masih nak buat kesilapan dengan cari kekasih baru yang ada kualiti sama macam sang mantan kekasih.

Terlebih yakin

Mariah Carey – We Belong Together

‘Boy come back baby please because we belong together’

Kak Mimi ternyata memang diva atas pentas. Dalam hubungan cinta pun dia tetap tunjuk yang dia agak bossy dan cuma dia boleh control hidup sendiri. Kalau dia kata orang tu milik dia, hatta sudah hampir naik jinjang pelamin dengan lelaki lain pun dia sanggup lari keluar tunggang kuda cari kekasih lama. Sebab dia confident dengan harapan menggunung itulah jodohnya.

Cuba untuk menjadi independent, walau terluka merindu

Wany Hasrita – Menahan Rindu

‘Akan ku terus berdiri hadapi semua ini

Oh hati kau sedarilah kenyataan ini

Agar dapat ku gagahi dan terus berdiri’

Cepat terluka dan boleh ambil masa untuk move on. Sebab orang jenis ini dia agak independent dan boleh harapkan diri sendiri untuk move on even dalam masa yang sama dia masih rindu-merindui. Kesian ek? Tapi okay lah sebab jenis yang sedar diri, bukan macam Adele.

Sentiasa supportive, mendoakan yang terbaik

Anuar Zain – Andainya Takdir

‘Kembalilah kepadaku

Tika punah mimpi-mimpimu

Kembalilah di saat perlu

Episod-episod duka biar berlalu’

Ini bekas kekasih yang sanggup melepaskan orang dia sayang untuk terbang bebas merealisasikan impian. Like kau nak jadi pelakon? Hah pergilah sayang kecapi glamour tapi kalau sudah tidak laku nanti, pulanglah I masih terima you. Sudahlah baik, supportive siap sanggup terima semula dan lupakan cerita lama. Awwwhhh.

Mengharap walau bekas kekasih itu sejenis racun tikus yang toksik

Siti Nurhaliza – Kesilapanku Keegoanmu

‘Kekasihku cukup engkau buatku begini

Luka ini usah engkau berdarahkan kembali

Aku masih cinta padamu

Aku masih setia padamu

Kembalilah engkau padaku seperti dahulu’

Aiyoooo ni ada fi’il yang suka bagi lebih daripada satu peluang kedua, even orang tu sudah buat kesalahan yang jauh lebih azab berkali-kali. Dia sedar diri tidak sempurna dan tahu si dia ada even bigger flaws tapi masih berharap orang tu buka pintu hati untuk dia semula.

Jenis meraung sekejap dan terus move on

Khai Bahar – Luluh

‘Sedia menghadapi yang akan tiba

Takkan berundur walau seketika

Aku terus berjalan mencari sinar baru’

Rasanya ini sejenis ex lover yang suci hatinya. Kau hadirkan mendung awan kelam dalam hidup dia? No problem, dia masih boleh bertahan. Siap simpan memori indah walau secebis.

Hati keras

Nabila Razali – Pematah hati

‘Kau mencuba lagi

Memanggil kembali

Di saat kau sunyi

Lagi kau cuba lagi ku tidak peduli’

Lepas kena kencing kaw2 dengan player, dia buat live video dekat Instagram dan Facebook bagi warning dekat orang lain pasal si buaya darat tu. No, no dia masih belum tahap crazy ex macam Taylor Swift yang suka drop name. Dia cuma bagi peluang sebanyak 0.01%, itupun kalau orang tu memang berubah.

Suka merintih, nangis tepi bucu katil

Shila Amzah – Patah Seribu

‘Bilakah kau akan utuskan surat buatku….

Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan’

Alahai ini bekas kekasih yang drama queen. Kejap hati berkecai seribu, kejap merayu suruh tinggalkan dia segera. Kau nak apa sis? Yang penting dia macam ada bipolar disorder. Dia mungkin lari rumah sebab tidak nak orang cari dia, tapi alih-alih dia up vid nangis-nangis cakap orang tu kejam tingalkan dia dengan nota-nota cinta lama. Lepas tu dia bakar pulak all those love notes….sebab nak hapuskan kenangan………k next.

Suka salahkan diri sendiri

Alyah – Sesal Separuh Nyawa

‘Andai pastinya ku tahu

Takkan aku tinggalkanmu….

Masih terasa nafasmu’

Dia tau kesalahan sendiri punca semuanya. Baguslah tu sebab sedar diri, tapi dia selalu terlambat sebab always take people for granted. Bila sudah hilang baru nak sedu-sedu mencari dengan hingus meleleh.

Jaguh dalam moving on. Buat hal? Nyah kau to the left!

Beyonce – Irreplaceable

‘You must not know ’bout me

I could have another you in a minute

Matter fact he will be here in a minute, baby’

Kalau anda adalah sejenis bekas kekasih yang begini, level anda semua sama tinggi macam Kak Ce! Sebab kalau insan tidak guna tu tinggalkan pun, you guys know dengan petik jari je boleh dapat yang lain. Belum sempat orang tu hangkut barang keluar rumah, kau dah start main swipe2 dekat Tinder. Class kau!

So, anda yang mana satu? Share lah!

Write A Comment